LoVeLy SoNg

Bisik-bisik Gelora

FAUZIAH ASHARI
BISIK-BISIK GELORA


Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.


Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. 
Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anaknya itu kian liar. Kini,sudah dikahwinkan,menantunya pula sudah menjadi 'menantu hantu'. ~ Tuan Akalil


" Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan orang pun tak tahu kau tu ada status isteri orang,apa kata kau tinggal aje kat rumah ni,tapi bukan sebagai isteri aku dan aku pun tak suka bela pelacur. Kau duduk sini,jadi orang gaji aku!" ~ Jad Izzuddin


"Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau, layan kau,tak mengapa Jad,aku akur. Tapi,aku tak akan benarkan kau lukakan hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat sistem barter dengan membabitkan perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa." ~Banin Arumi


##cite ni bes sgat. jalan cite lain dri yang lain. bnyak mmberi pedoman dan msej2 yg baik.

No comments:

Post a Comment

My Blog List