Terkebil-kebil mataku membaca pamphlet yang
baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui tadi. Dan perlahan aku menelan
air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk hati itu kelihatan seperti
sangat comel dan sangat lazat. Serius! Itu adalah coklat paling menarik pernah
aku nampak selama aku menjadi penggemar fanatik coklat.
Okey, ini tidak boleh jadi. Aku harus tidak!
Aku WAJIB belajar macam mana untuk membuat coklat ini. Aku mesti dapatkan
rahsia di sebalik coklat itu yang seperti memanggil-manggilku untuk aku
jamahnya, untuk aku masukkannya ke dalam mulut dan kemudian menikmati saat-saat
ia cair di dalam mulutku. Oh, heaven!!
Pamphlet di tangan kugenggam erat-erat seraya
melajukan langkah ke arah Chocolaterie's Lounge yang gagah tersergam di hadapanku.
Sebaik sahaja tiba di muka pintu, pantas sahaja tanganku menolaknya. Bunyi
loceng bergema perlahan namun langsung tidak aku hiraukan.
Pandangan mataku tertancap pada belakang
seorang lelaki yang kelihatan seperti sedang memasukkan sesuatu ke dalam beg.
Seketika kemudian lelaki itu berpaling. Dan saat itu juga aku tergamam.
Lelaki itu .lelaki itu seperti coklat!
Oh..tidak! Tidak!! Maksudku dia punya bau coklat yang kuat. Seakan-akan bau
coklat itu dihasilkan dari tubuhnya. Dan aku .aku gemar bau itu.
`Isy, apa kamu fikir ni, Hanis? Merepek betul!
Mana ada orang keluarkan bau coklat.'
"Yes??" soal lelaki itu dengan kening
yang sedikit terangkat.
Aku tersentak sejenak sebelum aku cepat-cepat
menghulurkan pamphlet yang sedari tadi berada di tanganku.
"Saya nak join
kelas ni."
Lelaki itu mengerling sekilas pada pamphlet
tersebut sebelum akhirnya menjawab dengan tegas.
"Kelas ni dah ditutup.
I'm not teaching anymore."
Terkelip-kelip mataku cuba menganalisa
kata-katanya tadi.
"Huh?"
Lelaki itu tersenyum kecil seraya mengambil
pamphlet dari tanganku dan meletakkannya di meja yang berhampiran. "Saya
takkan mengajar lagi."
"Mana boleh!" Tanpa sedar aku
terjerit. Sedikit tersentak lelaki itu dengan tindakan luar kawalanku.
Spontan aku menggigit bibir. Ingin sahaja aku
mengetuk kepala sendiri. Okey, kamu Cik Hanis Nadiah, tolong behave sikit,
boleh tak?
"Saya minta maaf, cik. Tapi kelas ni
memang dah ditutup," ujar lelaki itu setelah beberapa saat kelihatan
terperanjat dengan perangai anehku yang enak-enak sahaja menjerit begitu tadi.
"Tapi, kat dalam pamphlet ni tak ada pun
tulis, kelas dah ditutup.." bidasku kembali dengan nada yang sedikit
berbaur tidak puas hati.
Lelaki itu tersenyum nipis dan menggelengkan
kepala. Sedang mentertawakan aku dalam diam, mungkin. Tapi, aku tidak peduli.
Yang penting sekarang adalah coklat itu. Ya, coklat yang yummy itu
"Memang, tapi saya ada hal penting yang
perlu diuruskan. So kelas terpaksa ditutup dan sekarang cik boleh keluar."
Lelaki itu membalas seraya memalingkan tubuh.
"Jangan! Encik tak boleh pergi!!"
Tanpa sedar, sekali lagi aku terjerit.
Lelaki itu terkaku seketika sebelum menoleh
dengan wajah yang kelihatan sedikit aneh. Seperti nakal! Pantas aku mengerutkan
dahi. Lelaki ini kenapa?
"Cik nak saya tanggalkan baju kat sini ke?"
soal lelaki itu tiba-tiba.
Errk?? Apa jenis soalan ni? Apa kena-mengena
kelas nak buat coklat dengan tanggalkan baju? Lelaki ini lelaki ini penjahat,
ke? Oh, tidak!!!
"Errr, encik kenapa kenapa tanya macam
tu?" tanyaku, takut-takut.
Meletus ketawa kecil lelaki itu. Kemudian dia
menghalakan bebola matanya ke bawah. Aku turut sama mengikut pergerakan
matanya. Dan
"Oh, mak!" Aku terjerit lagi.
Tanganku elok sahaja memegang hujung baju kemejanya. Seakan-akan menariknya
agar tidak boleh meninggalkanku. Serta-merta aku melepaskan tangan dan
mengangkat kedua-dua tangan itu ke atas, penuh dengan lagak seorang pesalah
yang baru sahaja disergah polis.
"Err err..sorry." Dengan pipi yang
kurasakan seakan membahang, aku memohon maaf. Ya Allah, malunya!
Tanpa disangka-sangka lelaki itu tiba-tiba
sahaja memusing tubuhnya dan menapak mendekatiku. Sedikit demi sedikit dengan
wajah bersahaja yang kelihatan aneh lagi pelik. Aku apalagi? Terus sahaja
berundur ke belakang dan akhirnya melekat di kaunter. Tiada tempat lagi untuk
lari.
Lelaki itu pula semakin mendekati dan tiba-tiba
meletakkan tangannya di sebelah kiri dan kanan kaunter, memerangkap aku dengan
tubuh tegapnya.
"Err encik encik " Tersekat-sekat
suara yang keluar daripada kerongkongku.
Lelaki itu menundukkan kepalanya sedikit dan
bersuara perlahan.
"Marry me."
Membuntang mataku. Dia dia baru sahaja
mengajakku kahwin? Ehhhhhh???
"Huh?" Dan hanya itu sahaja yang
mampu kututurkan. Sungguh! Aku terkejut!
Terbit senyuman nakal di bibir lelaki itu.
"Marry me and I'll teach you how to make
chocolate."
Terkebil-kebil mataku menatap wajah lelaki itu.
Kahwin coklat coklat kahwin Eh, mamat ni ingat aku dah terlampau terdesak
sangat ke sampai sanggup kahwin dengan dia semata-mata kerana coklat?
Tanpa sedar, laju sahaja tanganku menolak tubuh
lelaki itu. Sedikit tersorong ke belakang lelaki itu dengan tindakan luar
dugaanku.
"Encik ingat saya ni apa? Saya bukan gila
nak kahwin dengan encik sebab macam tu. Saya bukannya kenal encik pun!"
marahku penuh kegeraman.
Lelaki itu mengjungkit bahu.
"Well, it's just a suggestion. Macam saya
cakap tadi, saya kena uruskan hal penting. And that perkara penting adalah hal
kahwin saya. Parents saya nak saya kahwin sebelum umur saya genap tiga puluh
tahun, which means lagi sebulan. And the problem is saya tak ada calon isteri
pun. Tadi saya ingat nak balik kampung untuk pujuk parents saya. Tapi now,
you're here. So maybe perkahwinan ni boleh diteruskan." Panjang lebar
penjelasannya. Sungguh bersahaja.
Melihat betapa selambanya dia menuturkan kata,
dapat aku rasakan perasaan geram yang semakin membuak-buak dalam diri. Dia ni
ingat aku ni apa? Perempuan tak ada maruah yang boleh diajak kahwin kerana
alasan yang remeh macam tu? Memang nak kena pelangkung betul mamat ni!
"But of course, itu bukan kahwin kontrak
ke kahwin olok-olok ke. It's a real marriage. Sebab mungkin " Kata-katanya
terhenti saat dia menghalakan pandangan tepat ke arahku, dengan pandangan yang
sukar kumengertikan.
"Cik adalah jodoh yang Allah hantar pada
saya."
Aku terkedu. Terpana. Terkesima. Tubuhku terasa
keras tiba-tiba. Hilang sudah perasaan geram dan marahku padanya tadi. Yang
tersisa kini cuma perasaan tergamam yang terlampau. Dan juga perasaan segan
yang tiba-tiba menggebu dalam diri. Aduh, apa dah jadi ni?
Aku tersengih dan kemudian pura-pura ketawa.
"Hahaha Encik ni janganlah buat lawak macam ni."
"Siapa cakap saya buat lawak?" Lelaki
itu membidas kembali.
"Saya selalu percaya pada jodoh. Saya yakin bila
tiba masanya, Allah akan hadirkan seseorang untuk jadi teman saya, isteri saya.
Sekarang waktu saya tengah buntu tentang soal perkahwinan ni, cik muncul depan
mata saya. So, yeah maybe you're the one for me."
Yakin sekali lelaki itu berkata-kata. Seakan
tiada langsung riak ragu-ragu. Aku menelan air liur yang tiba-tiba terasa
kelat. Apa semua ni? Aku tahulah aku ni single and available lagi, aku pun
percayakan pada jodoh tapi, takkanlah macam ni caranya aku jumpa jodoh aku?
Dengan orang yang aku langsung tak kenal?
"Tapi..tapi saya tak kenal encik, encik
pun tak kenal saya." Aku akhirnya menjawab, seakan memberikan alasan agar
dia menarik balik kata-katanya tadi.
Lelaki itu tersenyum tiba-tiba. "Waktu
parents saya kahwin pun, diorang tak kenal diri masing-masing. Lagipun, lepas
kahwin kan kita boleh berkenalan lebih lanjut. Saya akan cuba mengenali isteri
saya, dan cik boleh cuba mengenali suami cik."
Lidahku kelu tanpa kata. Aku isteri dia? Dan
dia suami aku? Ala, lembut sungguh nada dia berbicara. Aku pula yang terasa
berdebar tiba-tiba.
"So, my future wife apa nama awak?"
soal lelaki itu tiba-tiba.
Aku tergamam buat seketika. Dan entah kenapa
laju pula lidahku menjawab. "Hanis Nadiah."
Terbit senyuman di bibir bakal suamiku errk,
alamak..kenapa aku boleh mengaku dia bakal suamiku?
"And your future husband is Alif
Rifqi."
****
Okey, aku memang tidak betul. Aku kena masukkan
diriku dalam Hospital Tanjung Rambutan, atau tak pun Hospital Tampoi. Macam
mana aku boleh bersetuju dengan keputusan lelaki itu Alif Rifqi?
Ya, aku Hanis Nadiah baru sahaja menerima
pinangan Rifqi. Tadi sewaktu ibu bapanya tiba ke rumah dan kemudian meminang
bunga di taman iaitu aku, bersahaja sungguh aku bersetuju untuk menerima lelaki
itu saat abah dan umi menyoal.
Dan yang lagi haru perkahwinan kami akan
diadakan dua minggu lagi, serentak dengan ulang tahun Rifqi yang ke tiga puluh.
Apa aku buat ni?? Aku cuma nak belajar macam mana nak buat coklat paling sedap
kenapa pula boleh sampai ke tahap kahwin ni?
Umi, tolong Hanis, umi!!!
"Hanis, kenapa tak dijawab telefon
tu?" Tiba-tiba suara umi hinggap di telinga.
Pantas aku menoleh ke arah umi yang tercegat di
hadapan muka pintu. Umi dengar aku panggil dia ke tadi? Wah, hebatlah umi boleh
dengar panggilan hati aku.
"Ya Allah, budak ni kenapa duk
terkebil-kebil lagi tu? Takkan tak dengar bunyi telefon kamu tu?" tempelak
umi tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya.
Segera aku mengalihkan pandangan ke arah
telefon bimbit yang elok terletak di atas meja solek. Yang sedang riang
mengalunkan ringtone �All
the love in the world' nyanyian The Corrs. Aku tersengih pada umi sebelum
cepat-cepat mengambil telefon itu.
Melalui hujung mata, dapat kulihat umi yang
menggelengkan kepala sebelum berlalu pergi. Pasti dia merasakan anak daranya
yang seorang ini sudah terserlah tahap tidak betulnya.
"Helo," ujarku pada si pemanggil. Tidak
bersemangat langsung.
"Helo, sayang "
Oh, mak! Siapa pula yang bersayang-sayang
dengan aku ni?
"Siapa sayang awak?" marahku. Geram!
Jelas kedengaran bunyi ketawa lelaki di sebelah
sana. Apa mamat ni gelak-gelak pula? Dia pun sama macam aku? Sudah tidak betul?
Putus urat kat otak? Gila?
"Sayang ni takkanlah dah lupa saya kut.
Tadi baru je jumpa parents saya," jawab lelaki itu di sebalik sisa
tawanya.
Aku mengerutkan dahi. Jumpa parents dia? Aku
cuma jumpa Ya Allah! Rifqi! Dia ni Rifqi.
"Err..Rifqi " balasku perlahan.
Tangan kiriku sudah mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Haaa, tahu pun! Kenal pun bakal suami
sendiri, kan?" sergah Rifqi dalam nada bergurau.
Spontan aku memuncungkan bibir. Dia ni pun
agak-agaklah, takkanlah aku tak kenal bakal suami sendiri kut. Walaupun bakal
suami itu bukanlah lelaki yang sangat kukenali, apatah lagi kucintai. Hmmm
mampu ke aku jatuh cinta dengan dia ni nanti?
Pantas aku mengetuk kepala. Apa yang aku fikir
ni? Cinta? Rifqi sendiri pun tidak pernah bercakap pasal cinta, kenapa pula aku
yang fikir lebih-lebih?
"Hanis " panggilnya tiba-tiba.
Lembut.
"Hmm.." jawabku, sekadar
berbasi-basi.
"Thanks, tau."
Dahiku membentuk kerutan lagi. "Untuk
apa?"
Terdengar di hujung telingaku helaan nafas
Rifqi. Lelaki ini kenapa? Seperti tiba-tiba sahaja serius dan bermasalah? Isy,
risau aku!
"Sebab sudi terima pinangan parents saya
tadi."
Aku tergelak kecil. Rifqi Rifqi, sudah saya
janji dengan awak, apa yang dirisaukan lagi? Ya, memang apa yang jadi antara
kami sangatlah pelik bin ajaib dan aku sendiri pun sudah merasakan yang aku ini
gila, tetapi aku bukan jenis manusia yang akan memungkiri janji sesuka hati
saja.
"Kenapa awak gelak? Saya serius ni,"
ucap Rifqi, sedikit menempelak. Nampak sangat tidak berpuas hati denganku. Isy,
bakal suamiku ini kuat merajuk juga rupa-rupanya.
"Awak ni kan saya dah janji dengan awak
yang saya akan setuju? Kenapa? Awak ingat saya ubah fikiran, ke?" balasku
bersahaja.
"Well awak kan setuju nak kahwin dengan saya
sebab kelas coklat tu? Manalah saya tahu, kalau-kalau awak jumpa chocolaterie
lain yang boleh ajar awak."
Aku terdiam. Entah kenapa, nada suara Rifqi
kedengaran jauh sekali. Seakan menyimpan suatu rasa dalam suara itu. Perlahan
aku menghela nafas. Otakku ligat memikirkan jawapan yang sepatutnya aku
berikan. Jawapan yang boleh menyenangkan hatinya.
Okey, kenapa aku boleh fikir pasal hati dia
pula ni? Tadi cinta sekarang hati? Apa dah jadi pada aku ni???
"Hanis, awak dengar tak ni?"
Tersentak aku mendengarkan suaranya yang
sedikit kuat. Isy, tak reti-reti nak sabar ke cik abang oi? Saya tengah fikir
macam mana nak senangkan hati awak ni.
"Rifqi, pasal kelas tu memang betul. Saya
setuju sebab saya nak belajar buat coklat daripada awak. Tapi "
Kata-kataku terhenti. Tapi apa, ya? Kenapa aku
boleh selamba saja bersetuju dengan kerja gila ni?
"Tapi apa, Hanis?"
"Tapi err, tapi maybe betul kut saya ni
untuk awak!"
Fuh, terjawab juga akhirnya. Tapi apa aku jawab
tadi? Saya untuk awak? I'm meant for you? Oh, my...malu kot!!!
Rifqi tertawa. Riang sekali. Sukalah tu sebab
aku dah terlepas cakap macam tu.
"Awak tahu, Hanis bila kita dah kahwin
nanti, saya akan ajar awak buat sejenis coklat paling special." Rifqi
bersuara setelah tawanya mati.
"Coklat apa?" soalku penuh dengan
perasaan teruja. Oh, akulah peminat fanatik coklat nombor satu di dunia ni!
"Coklat cinta," bisik Rifqi perlahan
dan penuh kelembutan sebelum dia tiba-tiba sahaja mematikan telefon.
Mataku membuntang. Tubuhku pula seperti kaku.
Rifqi cakap apa tadi. Coklat cinta?
*****
"Rapat lagi..rapat lagi.."
Spontan aku menjeling ke arah jurugambar yang
sedang menggerak-gerakkan tangannya sambil mulut terkumat-kamit meminta aku dan
Rifqi lebih rapat. Dia ni kan nak rapat macam mana lagi? Aku dah dekat sangat
dengan lelaki di sebelahku ini.
Tiba-tiba aku dapat merasakan tangan Rifqi yang
melekat di pinggangku. Pantas aku menoleh ke arahnya dengan mata yang sedikit
membulat. Lelaki itu hanya tersengih, mengangkat kening dan kemudian
"Oh, mak!" Aku terjerit saat dia
selamba sahaja menarik pinggangku ke arahnya. Sedar-sedar sahaja wajahku sudah
pun tersembam ke arah dadanya. Aduh, sakitnya kepala aku!
Pantas aku mengangkat wajah dan alamak, dia
tengah tenung aku. Perlahan aku menelan air liur. Dadaku mula berkocak hebat.
Oh, wahai jantung tolonglah jangan jadi macam ni.
"Wah, bagus-bagus macam nilah yang kita
nak. Okey, stay macam tu " Suara jurugambar tadi tiba-tiba singgah di
hujung telinga.
Cepat-cepat aku cuba menjarakkan tubuh. Malu!
"Shhh jangan bergerak. Kan abang tu baru
je pesan?" bisik Rifqi tiba-tiba. Senyuman lebar tersungging di bibir
nipisnya.
"Tapi "
"Hanis sayang jangan bergerak, okey?"
tegas Rifqi sekali lagi. Matanya merenungku dengan pandangan yang sungguh
lunak. Alahai, ini yang aku lemah ni janganlah tengok saya macam tu, Encik Alif
Rifqi oi ..
"Yalah..yalah, saya duk diam-diam. Saya
ikut cakap abang photographer," ucapku akhirnya.
Makin lebar senyuman Rifqi.
"Good girl Puan Hanis "
Aku menjeling ke arah Rifqi dan kemudian, tanpa
dapat ditahan-tahan bibirku menguntum senyuman. Ya, dia sudah sah sebagai
suamiku.
"Okey, stay macam tu ."
"Okey, kacau perlahan-lahan "
Aku mengerling ke bahu kananku. Elok sahaja
dagu Rifqi mendarat di situ. Tangan kirinya kemas memeluk pinggangku dari
belakang. Tangan kanannya pula enak-enak sahaja memegang tanganku yang sedang
mengacau coklat di dalam periuk. Eh, suami aku seorang ni macam mana aku nak
masak coklat ni kalau dia asyik menempel macam ni?
"Rifqi "
"Abang."
Memuncung bibirku mendengar kata-katanya tadi.
Dia ni tak habis-habis cuba mengajar aku memanggilnya �abang'.
Sejak hari pertama kami berkahwin. Tetapi mulutku ini susah benar untuk
membiasakan diri dengan panggilan itu. Nak buat macam mana, kan? Kami berkahwin
ni pun sudah ala-ala express aje. Manalah mudah untuk aku terbiasa dengan
perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dan suami, bukan?
"La, dia menyudu pulak dah. Tengok mulut
tu isy, ada pulak yang kena kiss tengah-tengah dapur ni." Selamba Rifqi
bersuara. Wajahnya ditoleh sedikit ke arah mukaku yang hanya beberapa inci
jauhnya daripada mukanya sendiri.
Spontan aku menggoyangkan bahu kanan. Terangkat
dagu Rifqi dengan tindakanku itu.
"Aduh, sakitlah dagu abang!" Rifqi
mengaduh, sedikit kuat.
Aku tersenyum puas sambil menayangkan riak selamba.
"Siapa suruh cakap macam tu? Kan dah kena
penangan padu saya." Aku membalas, masih dengan riak berpuas hati. Haha,
padan muka awak, Rifqi!
"Hanis. Bukan �saya'
tapi �Hanis',
okey?" jawab Rifqi. Nada suaranya kedengaran sedikit tegas.
Aku mengerling sekilas ke arah Rifqi yang masih
lagi menggosok dagunya. Isy, kasihan pula dengan suamiku yang seorang ini.
Perlahan aku melepaskan senduk di tangan dan berpaling. Kepalaku didongakkan
sedikit, mahu menatap wajahnya. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan kanan dan
menyentuh dagu itu, mengusap dengan penuh kelembutan.
"Sakit lagi ke?" soalku perlahan.
Rifqi membatu. Hanya hujung matanya yang
mengerling ke arahku. Aku mengeluh dalam hati. Alahai, sudah merajuk pulak dah
orang tua seorang ni. Sabar jelah aku dengan perangai dia ni.
"Yalah, yalah Hanis abang, okey?"
pujukku, lembut. Kali ini tanganku mula mengusap-ngusap pipinya. Mahu memujuk
suami yang sedang memendam rasa.
Tanpa disangka-sangka, Rifqi menarik tanganku
dan menggenggamnya erat. Sedikit demi sedikit bibir nipisnya menguntum
senyuman. Hatiku mula bersorak gembira. Yesss!! Berjaya!! Senang sungguh
memujuk dia.
"Coklat kat belakang tu, sayang "
Rifiq bersuara tiba-tiba.
Erkk, coklat aku!! Serta-merta aku berpaling.
Fuh..nasib baik tak hangus. Kalau tak, mahunya aku makin hati berulam jantung
berminggu-minggu. Yalah, ini dahlah kali pertama aku buat coklat aku sendiri.
Dah tu, aku nak bagi pada Rifqi pulak tu sebab aku aku sayangkan dia?
Gulp, aku menelan air liur sendiri. Aku
sayangkan dia, ke? Cintakan dia, ke? Entahlah, aku sendiri pun tak pasti. Yang
aku tahu, dia suami aku yang sah. Dan aku dengan relanya sudah pun berserah
padanya, atas rasa tanggungjawab seorang isteri.
"Hmm, nasib baik tak jadi apa-apa. Sayang
ni pun, tahulah abang kacak, bergaya, macho "
Aku mencebik saat mendengar setiap patah kata
suamiku yang masih enak menempel di belakangku. Perasan sungguh dia!
"Sebab tulah Hanis asyik sangat tengok
muka abang ni, sampaikan boleh lupa "
Alahai, bila dia nak berhenti masuk bakul
angkat sendiri ni? Ingin sekali aku tolak dia jauh-jauh dan biarkan aku seorang
kat dapur ni. Tapi, dia cikgu aku kalau bukan dia yang mengajar aku, macam mana
aku nak buat coklat paling best ni?
"Awa..err..abang, dah jangan perasan lagi.
Cuba tengok coklat ni, dah okey ke tak?" sampukku selamba. Kalau aku tak
buat macam tu, alamatnya sampai ke bila-bila pun aku terpaksa menadah telinga
mendengar semua itu.
Muncul kepala Rifqi dari belakangku. Dan dengan
lagak serius, dia mengacau coklat di dalam periuk.
"Hmmm, dah cukup likat. Now, masukkan
dalam bekas ni dan lepas tu tunggu sejuk." Sedikit tegas, dia mengarahku.
Mendengar nada suaranya yang tegas, disertakan
pula dengan wajah seriusnya, aku pula yang bengkak dalam hati. Ala, tak maulah
suami strict macam tu, nak yang mengada-ngada tu, yang manja, yang suka merajuk
tu
Isy, apa aku fikir ni? Sempat pula fikir
macam-macam!
"Okay, done!" ujarku sedikit kuat.
Teruja sangat bila melihat hasil kerja kerasku sudah hampir siap. Bukan senang
rupanya nak buat coklat sendiri. Nasib baik aku kahwin dengan chocolaterie, tak
payah susah-susah buat sendiri, buka mulut je terus dapat coklat sedap! Coklat
buatan Rifqi pula tu!
Rifqi tertawa kecil. Ketawakan akulah tu.
Nampak sangat kut!
"Memang fanatik dengan coklat, ya?"
bisiknya perlahan di hujung telinga.
Aku menjeling dan dengan selamba aku menjawab.
"Taklah, Hanis minat chocolaterie kat sebelah ni. Tapi dia suka kacau
Hanis, dia suka merajuk, dia suka buat Hanis pujuk dia "
Dan makin kuat pula suamiku meledakkan tawa.
*****
"Ala, nape Hanis punya coklat tak sedap
macam coklat abang?" Jauh nada suaraku. Serius sedih sebab coklat aku
tidak sesedap coklat Rifqi.
Lebar senyuman di bibir suamiku. Isy, dia ni
tak sensitif langsug. Orang tengah sedih, boleh pula dia senyum-senyum macam
tu? Sudah tidak betulkah, suamiku sayang??
"Hmm maybe sebab abang lebih sayangkan
Hanis, daripada Hanis sayangkan abang? Sebab tu coklat abang untuk Hanis lebih
sedap daripada coklat Hanis untuk abang." Masih dengan senyuman yang
tersungging di bibir, Rifqi menjawab.
Tersirap darah panas ke wajahku. Dan
serta-merta juga perasaan tersinggung muncul dalam hati. Aku tahu dia
bergurau..tetapi entah kenapa, terasa sungguh hatiku dengan kata-katanya itu.
Ya, walaupun aku sendiri kurang pasti akan perasaanku padanya, namun aku yakin
akan satu perkara. Rifqi ada di hatiku.
Jadi kenapa dia mesti mengatakan sayang aku
padanya sedikit berbanding sayangnya padaku? Lagi satu, dia sendiri pun tidak
pernah mengatakan sayang jauh sekali cinta padaku.
"Hei, kenapa senyap tiba-tiba ni?"
soal Rifqi tiba-tiba. Bahuku dicuit sedikit.
Aku hanya mendiamkan diri. Mesti wajahku saat
ini mencuka masam mengalahkan mangga hijau. Tapi, aku tidak peduli. Aku memang
tengah sedih tengah terasa dengan Rifqi!
Rifqi memegang kedua bahuku sebelum menarikku
agar berhadapan dengannya. Lembut dia mengangkat daguku, memaksa aku untuk
menentang pandangan matanya. Aku hanya mengikut tanpa reaksi.
"Hanis terasa dengan abang ke?"
Lembut dia menyoal. Matanya merenungku lembut dan lunak.
Aku memuncungkan mulut.
"Abang ni nape cakap sayang Hanis kurang?
Tak banyak?"
Terlepas ketawa kecil Rifqi.
"So, Hanis sayangkan abanglah ni?"
Spontan aku menampar lengannya. "Tanya
lagi!"
"La..dah orang tu tak pernah cakap, abang
tanyalah." Rifiq membalas.
"Eleh, abang pun sama...tak pernah cakap
pun," bidasku kembali. Yalah, betul apa dia memang tak pernah pun nak
meluahkan perasaan ke apa. Dia tak tahu ke aku ni perempuan, isteri dia pula tu
aku pun nak juga dengar kata-kata jiwang, kata-kata manis dari mulut dia.
Rifqi tertawa lagi.
Aku mencebik. Isy, dia ni kan kenapalah suka
sangat ketawakan aku saat aku marah-marah macam ni?
"Siapa bilang abang tak pernah
cakap?" soalnya lembut.
Aku mengerutkan dahi. Eh, memang Rifqi tak
pernah cakap dia sayangkan aku. Kalau pernah, confirm aku ingat. Melekat terus
dalam otak.
"Tak ingat, ek?" tanyanya lagi.
Hujung hidungku dicuit.
"Memang pun. Abang mana pernah
cakap." Aku menjawab, sedikit kuat dengan nada tidak puas hati.
"Isy, sayang ni nak kata dah tua, memang
taklah. Tapi, macam mana boleh lupa ni? Kena short-term memory loss, ya?"
usik Rifqi lagi. Tidak terkesan langung dengan tingkahku yang mula kegeraman.
"Abang ni!" Aku terjerit. Geram! Isy,
sabar jelah aku dengan dia ni.
Rifqi ketawa lagi sebelum tiba-tiba meraih aku
ke dalam rangkulannya.
"Coklat cinta. Tak ingat ke, sayang?"
Lembut dia berbisik di hujung telingaku.
Aku tergamam dalam pelukan hangatnya. Coklat
cinta? Macam pernah dengar je. Itu yalah, malam tu! Malam lepas aku terima
pinangan dia. Malam dia tiba-tiba mematikan telefon macam tu aje.
"Hanis tahu tak..betapa malunya abang
lepas cakap tu? Sebab tulah abang hang up macam tu aje. Mulut abang ni pun
kenapalah boleh terlepas cakap?"
Melebar senyuman di bibirku. Aish, sweet pulak
suamiku seorang ini. Ingatkan tak romantik langsung.
"Oh, terlepas cakap ek? So, abang tak
betul-betul maksudkan kata-kata abang tu?" soalku dengan nada yang
dibuat-buat merajuk. Sengaja mahu mengusiknya. Itulah, siapa suruh usik aku
sangat?
Rifqi tiba-tiba sahaja meleraikan pelukan dan
menolak bahuku, sedikit menjauhi tubuhnya.
"Siapa cakap? Hanis jangan berani nak
cakap macam tu." Tegas sekali Rifqi menuturkan kata. Matanya tajam
merenungku.
Gulp! Alamak, Rifqi macam marahlah.
"Err Hanis..Hanis "
"Hanis tahu tak, apa yang abang cakap tu
betul-betul datang dari hati abang? Maybe Hanis susah nak percaya, tapi..abang
memang memang " Kata-kata Rifqi terhenti tiba-tiba. Tangan kanannya mula
memicit belakang leher. Wajahnya kulihat sedikit demi sedikit memerah. Aku
menahan tawa dalam hati. Alahai, tengah malu-malu ke cik abangku sayang?
Comelnya dia.
"Memang apa?" Sengaja aku menyoal.
Kening kuangkat tinggi. Nakal!
Rifqi mengecilkan matanya, menundukkan kepala
hingga dahinya menyentuh dahiku. "Ini tengah sakat abang ek?"
Aku tersenyum lebar, membalas pandangan matanya
yang dekat benar.
"Tak adalah tengah sakat. Hanis tanya
betul ni."
"Betul nak tahu?" soal Rifqi, dengan
dahi yang masih setia melekat pada dahiku. Sudah seperti kembar siam!
"Betul. 100% betul." Aku menjawab,
penuh bersemangat.
Rifqi mendiamkan diri. Hanya matanya yang
merenung mataku. Lama. Terkebil-kebil aku cuba membalas. Jantungku mulalah
berkocak hebat. Aduh, lemah semangat tengok renungan maut dia.
"Abang memang jatuh hati pada Hanis, waktu
pertama kali kita jumpa." Tenang, gemersik dan lembut suara Rifqi menjamah
telinga. Kemudian dia mengangkat kembali kepalanya dan menyandar pada kabinet
dapur.
Aku terkaku. Diam tanpa reaksi. Jatuh hati
waktu pertama kali jumpa?
"Betul?" soalku akhirnya. Perlahan.
Rifqi menggigit bibir. "Err abang
tipu."
Dapat kurasakan mulutku yang mula melopong. Dia
tipu? Maksudnya dia tak jatuh hati pada akulah?
"Isy, janganlah terkejut macam tu sekali.
Masuk lalat dalam mulut tu nanti." Selamba Rifqi bersuara, dengan sengihan
di bibir.
"Abang ni!" Aku terjerit.
"Hei, janganlah sedih macam tu sekali.
Isy, sayang sangat dengan abang rupanya isteri abang seorang ni," sakat
Rifqi lagi. Tangannya mula menarik aku ke arahnya. Mahu tak mahu, aku mengikut
dengan muka yang sengaja dikelatkan.
Lembut Rifqi memegang pipiku.
"Abang tak tahu bila masanya abang jatuh
hati pada Hanis. Maybe waktu Hanis tunjukkan pamphlet tu, maybe waktu Hanis
pegang hujung baju abang or maybe waktu Hanis menjerit tiba-tiba tu "
Menyerbu rasa malu ke pipiku. Isy, part aku
menjerit dan pegang hujung baju tu jugalah yang dia ingat. Malulah!
"Tapi, yang pastinya waktu Hanis tengok
abang masa Hanis tarik baju abang tu, hati abang mula rasa lain macam. Sebab
tulah, abang dengan selambanya boleh ajak Hanis kahwin. Memang terkeluar terus
perkataan kahwin dari mulut abang."
Aku tersenyum manis. Hangat sungguh hatiku
dengan pengakuannya. Jadi keputusannya itu memang bukan kerana ibu bapanya
semata-mata, tetapi kerana hatinya juga.
"Abang tahu Hanis rasa terkejut, mesti
rasa abang ni gila, kan?"
Pantas aku mengangguk. "Memang betul
pun."
Terlopong mulut Rifqi sebelum akhirnya
menjatuhkan tangannya yang sedari memegang pipiku. Kemudian dia menarik
hidungku.
"Perlu ke setuju tadi?"
Aku tergelak sambil menggosok hidungku. Rifqi
ni sesuka hati je tarik hidung aku!
"Tapi, kenapa Hanis setuju?"
Tersentak aku dengan soalannya yang tiba-tiba.
Tergamam buat seketika. Yalah, kenapa ya aku boleh bersetuju? Takkanlah hanya
kerana aku mahu belajar macam mana nak buat coklat deripadanya? Ah, mustahil!
Aku bukan jenis yang akan memperjudikan nasibku, menyerahkan diriku pada
seorang lelaki hanya kerana sebab sebegitu.
"Kenapa?" Rifqi menyoal lagi. Lembut.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum akhirnya
mendekati suamiku dan mengambil tempat di sebelahnya. Sama-sama menyandar pada
kabinet dapur. Perlahan aku memeluk lengan Rifqi dan menjatuhkan kepalaku ke
sisi bahunya.
"Eh, nak bermanja pula dia."
Tersenyum aku mendengarkan komen Rifqi. Namun
aku tidak mempedulikannya sebaliknya aku mula besuara perlahan. "Entahlah,
Hanis sendiri pun tak tahu kenapa Hanis boleh setuju macam tu aje, sedangkan
sebelum ni kalau ada yang cakap macam tu, confirm kena penampar siam Hanis
"
Jelas kedengaran di telingaku bunyi Rifqi yang
tergelak kecil. Aku melebarkan senyum. Suamiku ini suka sangat gelakkan aku.
Lucu sangat ke aku ni?
"Tapi maybe apa yang abang cakap tu buat
hati Hanis macam tak mampu tolak abang," sambungku lagi.
"Apa yang abang cakap?"
Aku mengangguk. "Yang mungkin Hanis adalah
jodoh yang Allah hantar pada abang. Masa tu elok-elok aje Hanis nak marah
abang, boleh terus diam."
Rifqi menoleh tiba-tiba.
"Oooo, masa tu ada hati jugalah nak bagi
penampar siam kat abang ya?"
Aku tersengih. "Opps.."
Meledak tawa Rifqi.
"Isteri abang ni ganasnya dia!" jerit
Rifqi di sebalik sisa tawanya.
Pantas aku menyiku perut Rifqi.
"Abang!!"
Lagi kuat pula ketawa Rifqi, seolah-olah
tindakanku menyikunya tiada kesan langsung. Tidak sakitkah wahai suamiku?
"Thanks tau, sebab setuju masa tu. Kalau
tak, tak tahulah apa abang patut buat." Rifqi bersuara setelah tawanya
mati.
"Abang kenalah tackle Hanis. Buat macam
orang lain buat tu " Aku menjawab selamba.
"Eh, tak naklah!" balas Rifqi pula.
Aku mendongak ke arahnya dengan kerutan di
dahi.
"Kenapa tak nak?" Aku menyoal bersama
nada tidak puas hati. Yalah, cakap suka kat aku kenapa pula tak nak cuba
mendekati aku? Mengurat aku?
Rifqi mengerling sekilas padaku dan dengan
lagak penuh selamba, dia menjawab. "Tackle macam tu tak best."
"Kenapa tak best?" soalku kembali.
Masih sedikit geram padanya.
Tidak semena-mena Rifqi meraih aku ke dalam
pelukannya, membawa aku rapat kepadanya.
"Apa yang bestnya cuba mengurat perempuan
yang tak halal bagi abang? Abang tak boleh buat apa-apa pun pada dia "
bisik Rifqi di hujung telingaku.
Menyerbu darah panas ke pipiku. Rifqi ni kan
"Abang tak boleh sentuh dia .abang tak
boleh "
"Abang! Dah, jangan cakap apa-apa
lagi," sampukku seraya menampar dadanya. Dia ni, kalau tak dihalang, entah
apa yang akan keluar dari mulut tu.
Rifqi meleraikan pelukan tiba-tiba, namun
kedua-dua tangannya masih setia melekat di sisiku.
"Betul apa bang cakap ni, kan? Kalau
tackle Hanis masa tu, abang tak boleh buat macam ni "
Dan perlahan dia mengucup pipiku lembut. Aku
terkedu buat seketika sebelum akhirnya menguntum senyuman di bibirku. Alahai,
sweet sungguh suamiku yang seorang ini. Manis sekali! Manis macam coklat yang
biasa dia hasilkan.
Tetapi .manis lagi cintanya padaku!
*******
Kata Sara Aisha: Cinta itu adalah suatu
perasaan yang unik, yang merupakan anugerah daripada Allah buat kita, manusia
biasa. Dia boleh menitipkan rasa cinta itu ke dalam hati kita cuma dalam masa
sesaat saja. Ya, cuma sesaat!
Dan kalau Dia mengatakan bahawa cinta itu
takkan ada dalam hati, walau sepuluh tahun sekali pun kita mengenali seseorang
itu, takkan mungkin kita akan jatuh cinta padanya.