LoVeLy SoNg

Hingga Ke Akhirnya

SITI NUR DHUHA
HINGGA KE AKHIRNYA


Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami.


Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?


"Saya betul-betul tak faham,kenapa awak hadir dalam hidup saya lagi. Untuk menghina saya seperti dulu,untuk menyakiti perasaan saya, dan untuk menambah kesengsaraan yang ada. Tolonglah,saya tak sanggup hadapi semua itu. Berikan saya ruang untuk bahagia." ~Mimi Atia


"Abang akan bersabar,abang akan menunggu Tia terima abang sepenuhnya. Tetapi kalau Tia  merancang supaya abang melepaskan Tia,demi ALLAH abang tidak sanggup melakukannya. Abang cintakan Tia." ~ Tengku Khuzairi


"Saya nak ingatkan Tengku,jangan cuba-cuba menuntut hak sebagai suami dengan saya. Saya tak mahu jadi isteri Tengku,saya mahu jadi isteri Adam Levine. Kalau Tengku nak tidur atas katil ni boleh,tetapi Tengku jangan sesekali menyentuh saya. Kalau tidak,tahulah saya nak ajar macam mana." ~ Mimi Atia


##cite ni best.tapi part kat hutan tu byak sngat. dgan buaya n ular bagai. lawak pulak ase.. huhu tapi,permulaan cite ni mmang best!

Love You Mr. Arrogant

ALIESHA KIRANA

LOVE YOU MR. ARROGANT
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...
##koi bgi 4 bntag..cite n bes la..xp jlan cter mcm same ngan bcara hati kot..hehe

Suami Aku Ustaz



HANNAN DHANIYAH
SUAMI AKU USTAZ
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.
Alisa - Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


#bes la jgak. tpi,bku kluaran fajar cpat rsak la. xthan lme sgat,gam xkwat.

Kahwin Ganti


AIFA BATRISYA
KAHWIN GANTI
Luqman Hakim
"Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!"
Nuqman Hakim
"Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!"
Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
"Awak suka saya tak?" – Mya Zara
"Aku… aku suka Dibo!" – Luqman Hakim
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.
"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!" – Nuqman Hakim
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

#bes cite nih.. dlu just ikut pkmbangan kt penulisan2u.. lpas 2 kat blog aifabatrisya and then novel..

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

(Ungu feat Rossa)


Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

Pelengkap Hidupku


(Eren feat Romi)


Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu


Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia 

Buatku Di Sana


(Mafa feat Ronnie)
Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta
Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Kenangan Terindah


HEZZY AZRA
                   
KENANGAN TERINDAH

SANGGUP berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak rela mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah kerana Ridzwan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya. Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka.
Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya. Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas di usia muda.    




Kesabarannya berbalas, TUHAN hadirkan seorang insan untuk menghapuskan air mata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.

Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap. Ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?








Dibius Cinta


DIBIUS CINTA



Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula.

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?


#bes cite nih. tak rugi beli.huhu

Jiwa Merindu

ERIN ZEHANA
JIWA MERINDU


PERTEMUAN semula dengan Luqman benar-benar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.

Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.

Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan papanya. Dia pasrah dalam duka. 


Melayari mahligai dari air mata, tiada restu keluarga, penuh dengan curiga dan tidak sefahaman... bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh-sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.

Cinta Datang Lagi

BIKASH NUR IDRIS
CINTA DATANG LAGI


CINTA bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. 


Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri. Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya... mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masingmasing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya melorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta?

Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?

Cinta Seorang Kekasih

ELEE MARDIANA
CINTA SEORANG KEKASIH


NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa.

Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh.

Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?








Seindah Sakura

LIZA ZAHIRA
SEINDAH SAKURA


SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung
Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam


Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. 


Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. 


Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...


#bes.tpi byak sngat hlangan hdup. bangga dgan ktbahan syakira.

Akan Ku Tunggu

SANIA YASMIN
AKAN KU TUNGGU


AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara



Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.


#bes jugak la cite ni.

Juara Carta Cinta

LYNN DAYANA
JUARA CARTA CINTA

Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap, maka penatlah berulang alik ke bilik termenung
Maya tersepit umpama inti sandwic yang dihimpit rapat oleh roti panas. 
Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah hati Maya bila kerap diasak.

Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya dunia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia.
Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori. Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?
























#cerita ni memang menarik..tengok pada tajuk pon dah tau isi ceritanya 
best..x sangka lak ada unsur thriller sikit..memang sangat puas hati baca novel ni..tahniah kepada penulis.

Bersaksikan Kejora

ERIN ZEHANA
BERSAKSIKAN KEJORA


Putus tunang, difitnah di pejabat dan kemudian abah tercinta meninggal dunia.semua dugaan ini datang bertimpa-timpa. Chempaka membawa diri mencari sesuatu yang berharga demi amanah yang dinotakan dalam diari arwah abahnya.

Di Vila Vanessa, dia dipertemukan semula dengan datuk yang tidak pernah dikenali. Dia mahu Tuan Basir menerimanya sebagai cucu dan memaafkan segala kesilapan silam arwah abahnya yang menyebabkan mereka terpisah.

Walaupun Tuan Basir membenarkan dia tinggal di situ, layanan yang diterima sangat dingin. Mujur ada Mak Kiah. Pembantu rumah itu sangat baik. Tetapi dia sering bertikam lidah dengan cucu angkat datuknya, Zafrie. Ada saja yang hendak digaduhkan. Padahal di hati lain dengan apa yang diluahkan di bibir.

Sejak Chempaka tinggal di vila itu, banyak kejadian sabotaj berlaku. Seolah-olah ada seseorang mahu dia berambus. Malah, mahu membunuhnya! Siapa yang memusuhinya? Sedangkan dia mula bahagia berada di vila itu.

Miss Pisau Cukur

SITI NUR DHUHA
MISS PISAU CUKUR




Amera, anak angkat yang dijadikan tempat melepaskan dendam dan geram Ku Afnan Zakirin iaitu, anak Tan Sri Ku Ali kerana Amera disangka anak perempuan simpanan ayahnya. Sehinggalah terjadi satu tragedi berdarah, Amera terbunuh angkara Ku Afnan Zakirin. 


Kemunculan Nurul, si gadis bermata duitan telah berjaya menawan hati Ku Afnan. Meskipun kehadiran Nurul semata-mata inginkan kemewahan dan kesenangan, Ku Afnan Zakirin tetap ingin memiliki gadis itu. 


Pada masa yang sama Nurul telah jatuh hati pada Jeff, anak datuk yang berlagak miskin. Namun, lamaran Ku Afnan sebagai kekasihnya lebih menarik berbanding Jeff yang langsung tidak memenuhi sasarannya sebagai Miss Pisau Cukur. Mampukah kuasa cinta bisa merubah prinsip Nurul bahawa wang bukan segala-galanya?


" Saya sanggup selagi saya mampu dan permintaan awak tu tak keterlaluan. Saya tahu saya bukan orang yang awak cintai. Saya tahu kalau awak setuju untuk bersama saya tentu kerana wang. Tapi saya tak kisah semua tu,yang paling penting saya dapat bersama orang yang saya sayangi. Orang yang mampu membahagiakan saya. Orang yang mampu membuatkan saya ingin hidup beratus-ratustahun lagi." ~ Ku Afnan Zakirin


" Apa? 50 ribu! Banyaknya. Okey saya setuju. Tapi... eh,nanti dulu. Awak ingat saya ni perempuan murahan ke? Saya tak pernak sekalipun menyerahkan maruah saya pada sesiapa pun tau. Memanglah saya rasa macam nak setuju je dengan tawaran tu,tapi adik saya tak beriitahu,dia dah pesan jadi pisau cukur boleh,tapi jangan sampai tergadai body." Nurul


"Jeff tak sangka,untuk pertama kalinya Jeff jumpa Miss Pisau Cukur yang sangat baik hati macam awak Nurul. Cinta awak sangat tulus. Tak pernah ada wanita yang sayangkan Jeff macam awak sayangkan Jeff. Tapi Jeff tak nak awak mati untuk Jeff. Jeff nak Nurul hidup untuk Jeff." ~Jeff


#nvel pling lme nk bce.. mnarik tpi tlampau sngat asenye. sampai xboleh nk imging.

Buat Yang Tersayang

MAYA RASYIDAH


BUAT YANG TERSAYANG


Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak
. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk 'berlakon' sebagai pasangan yang bahagia.



"Baguslah kalau begitu. Lagipun ada orang buat kecoh di bawah tadi. Saya risau juga kalau awak di seret ke balai polis pula. Kalau macam tu,awak minum saja Milo yang ada tu,tak perlu di ganti walaupun awak ada duit tiga ratus ribu ringgit. Awak gunakanlah duit tu untuk belanja makan awak selama di sini atau belanja lain-lain. Ingat..saya takkan beri awak belanja atau apa-apa lagiwalau sesen pun." ~ Ahmad Khusairy Ashman @ Airy


"Ini... saya pulangkan semula pada Abang Ayie. Saya tak perlu hantaran ataumas kahwin sebanyak ini. Saya dah pulangkan duit ini pada Abang Ayie hari itu,tapi Abang Ayie suruh simpan dulu. Kali ini saya tak mahu menyimpan lagi benda ini. Abang Ayie simpan dan berikanlah kepada isteri Abang Ayie nanti. Saya tak kaya,yang kaya ayah dan ibu saya. Jangan risau,rezeki ada di mana-mana." ~ Nur Ifni Insyirah @ Syira.


Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya.Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. 


Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.


#citer nie menarik jugak tapi terpaksa skip byak part bahasa brunei tu

Antara Dendam Dan Rindu

RABIHAH NUR RIDHUAN
ANTARA DENDAM DAN RINDU


Sikap tamak itu telah melontarkan Mariam Qistina ke lembah derita yang berpanjangan. Tanpa diduga bapa saudaranya, Sahak yang selama ini menunjukkan sikap kasihnya kepada Mariam Qistina dan Mariam Irdina sanggup mendera dan menyeksa mereka Semuanya angkara sikap tamak mereka ke atas harta-hartanya.


Kematian Mariam Irdina menyebabkan Mariam Qistina bangkit untuk membalas kembali derita yang pernah dilaluinya. Dendam kesumat ini membuatkan Mariam Qistina telah menukar identitinya dan memaksa hatinya untuk menerima Luqman Hakim, anak lelaki Sahak sebagai suaminya. 
Haruskah dia memperdagangkan cintanya? Perlukah dia mengorbankan hatinya? Sanggupkah dia punahkan perasaannya semata-mata kerana dendam kesumatnya itu? Bahagiakah dia setelah mempertaruhkan nasibnya di tangan Luqman Hakim?


"Kita ugut Qis dengan menggunakan Irdina. Jangan kita bagi peluang untuk dia orang belajar nanti dia orang pandai berfikir dan pandai nak tipu kita." -Esah


"Mak jangan risaulah. Tak akan ada apa-apa yang berlaku kepada Balqis kelak. Lagipun Luqman Hakim tu senang diperbodohkan. Balqis akan mempergunakan dia sepenuhnya untuk mencapai misi Balqis ini!" -Mariam Qistina @ Balqis


"Kau buat Luqman Hakim tu macam sehelai baju yang tiada nilainya. Apabila kau rasa kau perlukan dia,kau gunakan dia tetapi apabila kau dah senang macam ni,kau dah dapat apa yang kau nak kau buang dia begitu sahaja. Kau tak fikir ke perasaan Luqman Hakim?" -Puan Rafidah


#bes cite ni. penuh dgan pngajaran.

Alahai,Mat Salih

ZAN ZARIDA
ALAHAI,MAT SALIH


Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. 


Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja.

Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham membuatkan darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya, Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis. Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami panasaran dengan isteri sendiri? Alahai, Mat Salih… kerana kau aku hampir gila!

Jujur Aku Setia

EKA FAHARA


JUJUR AKU SETIA


Pulangnya Raniya dari London ke Malaysia, hanya untuk merawat hati. Di rumah tok wan dan tok mama dia menumpang kasih. Namun,hidupnya jadi haru-biru apabila Hardy cuba merampas kasih sayangnya terhadap kedua-dua orang tua itu.Bertekak siang malam dan bermasam muka untuk menentukan siapa yang berhak menjaga mereka sudah menjadi mainan hidup.


Tanpa sedar, ada perasaan halus berputik di hati masing-masing. Bunga-bunga cinta mula berkembang. Apabila berjauhan,seorang merindu dan seorang lagi menanti kepulangannya. Ah,itu cuma mainan perasaan! Mana mungkin mereka jatuh cinta?


Makin cuba ditepis perasaan kasih,makin ia bercambah di jiwa. Hardy akur,dia juga pernah putus cinta. Untuk menambat hati Raniya bukannya mudah. Gadis itu jinak-jinak merpati. Luaran nampak lembut,tetapi dalaman sangat keras hati.


Kelu lidah Raniya untuk berbicara tatkala lelaki itu berani mengucapkan kata sayang kepadanya. Dia boleh terima ucapan keramat itu,tetapi siapa Fasha di hati Hardy?

My Blog List