LoVeLy SoNg

Bicara Hati

DAMYA HANNA
BICARA HATI

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.




"Saya tahu saya tak menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan sempurna. Walaupun perkahwinan kita adlah sesuatu yang drastik,saya patut melayani awak dengan baik. Tapi saya yerpaksa Syah. Saya tak mahu wujudkan perasaan sayang dalam diri saya mahupun awak dengan perhubungan ini. Saya takut kita sama-sama kecewa." 
~ Zahlia


"Alia gagal! Perasaan sayangdah pun wujud dalam diri abang." ~ Tengku Syahran


##best gilerrrr....sungguh sedih...cinta yang datang dalam diam....wow mengasyikan...sekarang dah ade drama Novel ni lak....TAHNIAH DAMYA HANNA!!!! semoga karya2 yang akan datang lebih menyegat

No comments:

Post a Comment

My Blog List