LoVeLy SoNg

Antara Dendam Dan Rindu

RABIHAH NUR RIDHUAN
ANTARA DENDAM DAN RINDU


Sikap tamak itu telah melontarkan Mariam Qistina ke lembah derita yang berpanjangan. Tanpa diduga bapa saudaranya, Sahak yang selama ini menunjukkan sikap kasihnya kepada Mariam Qistina dan Mariam Irdina sanggup mendera dan menyeksa mereka Semuanya angkara sikap tamak mereka ke atas harta-hartanya.


Kematian Mariam Irdina menyebabkan Mariam Qistina bangkit untuk membalas kembali derita yang pernah dilaluinya. Dendam kesumat ini membuatkan Mariam Qistina telah menukar identitinya dan memaksa hatinya untuk menerima Luqman Hakim, anak lelaki Sahak sebagai suaminya. 
Haruskah dia memperdagangkan cintanya? Perlukah dia mengorbankan hatinya? Sanggupkah dia punahkan perasaannya semata-mata kerana dendam kesumatnya itu? Bahagiakah dia setelah mempertaruhkan nasibnya di tangan Luqman Hakim?


"Kita ugut Qis dengan menggunakan Irdina. Jangan kita bagi peluang untuk dia orang belajar nanti dia orang pandai berfikir dan pandai nak tipu kita." -Esah


"Mak jangan risaulah. Tak akan ada apa-apa yang berlaku kepada Balqis kelak. Lagipun Luqman Hakim tu senang diperbodohkan. Balqis akan mempergunakan dia sepenuhnya untuk mencapai misi Balqis ini!" -Mariam Qistina @ Balqis


"Kau buat Luqman Hakim tu macam sehelai baju yang tiada nilainya. Apabila kau rasa kau perlukan dia,kau gunakan dia tetapi apabila kau dah senang macam ni,kau dah dapat apa yang kau nak kau buang dia begitu sahaja. Kau tak fikir ke perasaan Luqman Hakim?" -Puan Rafidah


#bes cite ni. penuh dgan pngajaran.

No comments:

Post a Comment

My Blog List