LoVeLy SoNg

Buat Yang Tersayang

MAYA RASYIDAH


BUAT YANG TERSAYANG


Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak
. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk 'berlakon' sebagai pasangan yang bahagia.



"Baguslah kalau begitu. Lagipun ada orang buat kecoh di bawah tadi. Saya risau juga kalau awak di seret ke balai polis pula. Kalau macam tu,awak minum saja Milo yang ada tu,tak perlu di ganti walaupun awak ada duit tiga ratus ribu ringgit. Awak gunakanlah duit tu untuk belanja makan awak selama di sini atau belanja lain-lain. Ingat..saya takkan beri awak belanja atau apa-apa lagiwalau sesen pun." ~ Ahmad Khusairy Ashman @ Airy


"Ini... saya pulangkan semula pada Abang Ayie. Saya tak perlu hantaran ataumas kahwin sebanyak ini. Saya dah pulangkan duit ini pada Abang Ayie hari itu,tapi Abang Ayie suruh simpan dulu. Kali ini saya tak mahu menyimpan lagi benda ini. Abang Ayie simpan dan berikanlah kepada isteri Abang Ayie nanti. Saya tak kaya,yang kaya ayah dan ibu saya. Jangan risau,rezeki ada di mana-mana." ~ Nur Ifni Insyirah @ Syira.


Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya.Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. 


Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.


#citer nie menarik jugak tapi terpaksa skip byak part bahasa brunei tu

No comments:

Post a Comment

My Blog List