LoVeLy SoNg

Cinta Awek dan Pakwe

HASRUDI JAWAWI

CINTA AWEK DAN PAKWE


Didi Dania dan Noah Zuhairi, berkenalan sejak mereka sama-sama menuntut di universiti. Masing-masing mengambil jurusan yang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Mereka terlalu akrab dan mesra sehingga mengelarkan diri masing-masing sebagai ‘awek’ dan ‘pakwe’. Namun, disebalik keakraban mereka ada yang tidak senang hati. Juliana, sepupu Noah Zuhairi terlali obsess dengan lelaki itu. Tetapi, lelaki itu tidak pernah mahu melayan. Kegedikan Juliana menyebabkan Noah Zuhairi meluat.


Walaupun hubungan di antara Didi Dania dan Noah Zuhairi begitu mesra. Tiada ikatan sah di antara mereka walaupun sebagai pasangan kekasih. Masing-masing egois tidak mahu meluahkan isi hati walaupun satu kampus sudah heboh tentang hubungan mereka.Razy Radin abang kepada Noah Zuhairi tidak pernah sebulu dengan satu-satunya adiknya itu. Adiknya sering mendapat kebebasan dari ayah mereka, sedangkan dia sering dikongkong dan tidak ada hak untuk membantah setiap kata-kata ayahnya. Disebabkan rasa iri hati dengan adiknya sendiri, dia nekad membuat adiknya berasa sakit hati seperti yang dia rasa selama ini bila Noah Zuhairi sering mendapatkan kebebasan.

Demi memiliki apa yang dinginkan, Juliana dan Razy Radin telah bersekongkol untuk memiliki Noah Zuhairi dan Didi Dania. Juliana telah membuat Noah Zuhairi terhutang nyawa terhadapnya bila dia sanggup mencederakan dirinya sendiri dalam satu kemalangan. Rancangan mereka berjaya bila Noah Zuhairi terpaksa berkahwin dengan Juliana atas dasar terhutang nyawa.


Razy Radin dalam diam mendekati Didi Dania. Dikala Didi Dania kecewa kerana bertepuk sebelah tangan bila insan yang dia cintai menghilangkan diri tanpa khabar berita selepas tamat pengajian, Razy Radin muncul cuba menambat hati gadis itu hanya ingin menbuat hati adiknya sakit. Dia hanya mengahwini gadis itu untuk menyakiti hati adiknya sahaja.Namun, rancangan yang berjalan lancar telah mengundang rasa cinta di dalam hati Razy Radin terhadap Didi Dania selepas mereka diijabkabulkan serentak dengan perkahwinan Juliana dan Noah Zuhairi. Di kala inilah muncul pelbagai konflik yang pelbagai. Apakah Didi Dania dapat memaafkan suaminya bila rahsia suaminya terbongkar? Apakah Noah Zuhairi boleh menerima isterinya bila rahsia isterinya terbongkar? 


Selapas melalui pelbagai rintangan dan ranjau berduri, akhirnya Didi Dania dan Noah Zuhairi bersatu juga atas amanat Razy Radin yang telah kembali ke pangkuan Tuhannya selepas 6 bulan di sahkan mengidap Leukemia. Juliana pula tidak sempat meraih cinta Noah Zuhairi dan menjadi isteri mithali bila nyawanya terpisah dari badan akibat ingin menyelamatkan Noah Zuhairi dari kecelakaan. Noah Zuhairi menerima zuriat abangnya yang dilahirkan oleh Didi Dania dan mereka hidup aman bahagia selepas itu sebagai pasangan suami isteri yang sah.


"Cintailah insan yang mencintai kita kerana insan yang kita cintai belum tentu mencintai kita seperti kita mencintainya. Tetapi,apakah cinta insan yang kita cintai ada untuk kita? Keikhlasan dan ketulusan cinta adalah kunci kebahagiaan." ~ Didi Dania


"Hidup tindak pernah lari dari harus membuat pilihan. Bila harus memilih,kita terpaksa mengorbankan salah satu pilihan yang ada. Tidak semua apa yang kita inginkan di dunia ini bisa dimiliki." ~ Noah Zuhairi


"Kadangkala,memaafkan itu lebih memberi balasan yang indah dari terus berdendam." ~ Razy Radin




No comments:

Post a Comment

My Blog List