 |
| HASRUDI JAWAWI |
CINTA AWEK DAN PAKWE
Didi Dania dan Noah Zuhairi, berkenalan sejak mereka sama-sama menuntut di universiti. Masing-masing mengambil jurusan yang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Mereka terlalu akrab dan mesra sehingga mengelarkan diri masing-masing sebagai ‘awek’ dan ‘pakwe’. Namun, disebalik keakraban mereka ada yang tidak senang hati. Juliana, sepupu Noah Zuhairi terlali obsess dengan lelaki itu. Tetapi, lelaki itu tidak pernah mahu melayan. Kegedikan Juliana menyebabkan Noah Zuhairi meluat.
Walaupun hubungan di antara Didi Dania dan Noah Zuhairi begitu mesra. Tiada ikatan sah di antara mereka walaupun sebagai pasangan kekasih. Masing-masing egois tidak mahu meluahkan isi hati walaupun satu kampus sudah heboh tentang hubungan mereka.Razy Radin abang kepada Noah Zuhairi tidak pernah sebulu dengan satu-satunya adiknya itu. Adiknya sering mendapat kebebasan dari ayah mereka, sedangkan dia sering dikongkong dan tidak ada hak untuk membantah setiap kata-kata ayahnya. Disebabkan rasa iri hati dengan adiknya sendiri, dia nekad membuat adiknya berasa sakit hati seperti yang dia rasa selama ini bila Noah Zuhairi sering mendapatkan kebebasan.
Demi memiliki apa yang dinginkan, Juliana dan Razy Radin telah bersekongkol untuk memiliki Noah Zuhairi dan Didi Dania. Juliana telah membuat Noah Zuhairi terhutang nyawa terhadapnya bila dia sanggup mencederakan dirinya sendiri dalam satu kemalangan. Rancangan mereka berjaya bila Noah Zuhairi terpaksa berkahwin dengan Juliana atas dasar terhutang nyawa.
Razy Radin dalam diam mendekati Didi Dania. Dikala Didi Dania kecewa kerana bertepuk sebelah tangan bila insan yang dia cintai menghilangkan diri tanpa khabar berita selepas tamat pengajian, Razy Radin muncul cuba menambat hati gadis itu hanya ingin menbuat hati adiknya sakit. Dia hanya mengahwini gadis itu untuk menyakiti hati adiknya sahaja.Namun, rancangan yang berjalan lancar telah mengundang rasa cinta di dalam hati Razy Radin terhadap Didi Dania selepas mereka diijabkabulkan serentak dengan perkahwinan Juliana dan Noah Zuhairi. Di kala inilah muncul pelbagai konflik yang pelbagai. Apakah Didi Dania dapat memaafkan suaminya bila rahsia suaminya terbongkar? Apakah Noah Zuhairi boleh menerima isterinya bila rahsia isterinya terbongkar?
Selapas melalui pelbagai rintangan dan ranjau berduri, akhirnya Didi Dania dan Noah Zuhairi bersatu juga atas amanat Razy Radin yang telah kembali ke pangkuan Tuhannya selepas 6 bulan di sahkan mengidap Leukemia. Juliana pula tidak sempat meraih cinta Noah Zuhairi dan menjadi isteri mithali bila nyawanya terpisah dari badan akibat ingin menyelamatkan Noah Zuhairi dari kecelakaan. Noah Zuhairi menerima zuriat abangnya yang dilahirkan oleh Didi Dania dan mereka hidup aman bahagia selepas itu sebagai pasangan suami isteri yang sah.
"Cintailah insan yang mencintai kita kerana insan yang kita cintai belum tentu mencintai kita seperti kita mencintainya. Tetapi,apakah cinta insan yang kita cintai ada untuk kita? Keikhlasan dan ketulusan cinta adalah kunci kebahagiaan." ~ Didi Dania
"Hidup tindak pernah lari dari harus membuat pilihan. Bila harus memilih,kita terpaksa mengorbankan salah satu pilihan yang ada. Tidak semua apa yang kita inginkan di dunia ini bisa dimiliki." ~ Noah Zuhairi
"Kadangkala,memaafkan itu lebih memberi balasan yang indah dari terus berdendam." ~ Razy Radin
 |
| SITI NUR DHUHA |
HINGGA KE AKHIRNYA
Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami.
Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?
"Saya betul-betul tak faham,kenapa awak hadir dalam hidup saya lagi. Untuk menghina saya seperti dulu,untuk menyakiti perasaan saya, dan untuk menambah kesengsaraan yang ada. Tolonglah,saya tak sanggup hadapi semua itu. Berikan saya ruang untuk bahagia." ~Mimi Atia
"Abang akan bersabar,abang akan menunggu Tia terima abang sepenuhnya. Tetapi kalau Tia merancang supaya abang melepaskan Tia,demi ALLAH abang tidak sanggup melakukannya. Abang cintakan Tia." ~ Tengku Khuzairi
"Saya nak ingatkan Tengku,jangan cuba-cuba menuntut hak sebagai suami dengan saya. Saya tak mahu jadi isteri Tengku,saya mahu jadi isteri Adam Levine. Kalau Tengku nak tidur atas katil ni boleh,tetapi Tengku jangan sesekali menyentuh saya. Kalau tidak,tahulah saya nak ajar macam mana." ~ Mimi Atia
##cite ni best.tapi part kat hutan tu byak sngat. dgan buaya n ular bagai. lawak pulak ase.. huhu tapi,permulaan cite ni mmang best!
 |
| SITI NUR DHUHA |
MISS PISAU CUKUR
Amera, anak angkat yang dijadikan tempat melepaskan dendam dan geram Ku Afnan Zakirin iaitu, anak Tan Sri Ku Ali kerana Amera disangka anak perempuan simpanan ayahnya. Sehinggalah terjadi satu tragedi berdarah, Amera terbunuh angkara Ku Afnan Zakirin.
Kemunculan Nurul, si gadis bermata duitan telah berjaya menawan hati Ku Afnan. Meskipun kehadiran Nurul semata-mata inginkan kemewahan dan kesenangan, Ku Afnan Zakirin tetap ingin memiliki gadis itu.
Pada masa yang sama Nurul telah jatuh hati pada Jeff, anak datuk yang berlagak miskin. Namun, lamaran Ku Afnan sebagai kekasihnya lebih menarik berbanding Jeff yang langsung tidak memenuhi sasarannya sebagai Miss Pisau Cukur. Mampukah kuasa cinta bisa merubah prinsip Nurul bahawa wang bukan segala-galanya?
" Saya sanggup selagi saya mampu dan permintaan awak tu tak keterlaluan. Saya tahu saya bukan orang yang awak cintai. Saya tahu kalau awak setuju untuk bersama saya tentu kerana wang. Tapi saya tak kisah semua tu,yang paling penting saya dapat bersama orang yang saya sayangi. Orang yang mampu membahagiakan saya. Orang yang mampu membuatkan saya ingin hidup beratus-ratustahun lagi." ~ Ku Afnan Zakirin
" Apa? 50 ribu! Banyaknya. Okey saya setuju. Tapi... eh,nanti dulu. Awak ingat saya ni perempuan murahan ke? Saya tak pernak sekalipun menyerahkan maruah saya pada sesiapa pun tau. Memanglah saya rasa macam nak setuju je dengan tawaran tu,tapi adik saya tak beriitahu,dia dah pesan jadi pisau cukur boleh,tapi jangan sampai tergadai body." Nurul
"Jeff tak sangka,untuk pertama kalinya Jeff jumpa Miss Pisau Cukur yang sangat baik hati macam awak Nurul. Cinta awak sangat tulus. Tak pernah ada wanita yang sayangkan Jeff macam awak sayangkan Jeff. Tapi Jeff tak nak awak mati untuk Jeff. Jeff nak Nurul hidup untuk Jeff." ~Jeff
#nvel pling lme nk bce.. mnarik tpi tlampau sngat asenye. sampai xboleh nk imging.
 |
| RABIHAH NUR RIDHUAN |
ANTARA DENDAM DAN RINDU
Sikap tamak itu telah melontarkan Mariam Qistina ke lembah derita yang berpanjangan. Tanpa diduga bapa saudaranya, Sahak yang selama ini menunjukkan sikap kasihnya kepada Mariam Qistina dan Mariam Irdina sanggup mendera dan menyeksa mereka Semuanya angkara sikap tamak mereka ke atas harta-hartanya.
Kematian Mariam Irdina menyebabkan Mariam Qistina bangkit untuk membalas kembali derita yang pernah dilaluinya. Dendam kesumat ini membuatkan Mariam Qistina telah menukar identitinya dan memaksa hatinya untuk menerima Luqman Hakim, anak lelaki Sahak sebagai suaminya.
Haruskah dia memperdagangkan cintanya? Perlukah dia mengorbankan hatinya? Sanggupkah dia punahkan perasaannya semata-mata kerana dendam kesumatnya itu? Bahagiakah dia setelah mempertaruhkan nasibnya di tangan Luqman Hakim?
"Kita ugut Qis dengan menggunakan Irdina. Jangan kita bagi peluang untuk dia orang belajar nanti dia orang pandai berfikir dan pandai nak tipu kita." -Esah
"Mak jangan risaulah. Tak akan ada apa-apa yang berlaku kepada Balqis kelak. Lagipun Luqman Hakim tu senang diperbodohkan. Balqis akan mempergunakan dia sepenuhnya untuk mencapai misi Balqis ini!" -Mariam Qistina @ Balqis
"Kau buat Luqman Hakim tu macam sehelai baju yang tiada nilainya. Apabila kau rasa kau perlukan dia,kau gunakan dia tetapi apabila kau dah senang macam ni,kau dah dapat apa yang kau nak kau buang dia begitu sahaja. Kau tak fikir ke perasaan Luqman Hakim?" -Puan Rafidah
#bes cite ni. penuh dgan pngajaran.
 |
| LIZA NUR |
PANGGIL AKU KIAH
Perbezaan darjat melalui kekayaan menyebabkan Kiah memandang rendah pada Hud, pekerja kesayangan papanya. Hud yang berkhidmat sebagai pemandu tidak pernah menurut kemahuan Kiah seperti pekerja-pekerja papa yang lain. Kejujuran Hud membuatkan Kiah membencinya.
Dalam tak disangka, Hud telah menjadi penyelamat maruah Kiah sewaktu hampir-hampir dinodai teman lelakinya, Reza. Hud juga yang menolong Kiah di saat dia dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Bermula dari detik itu, dia belajar erti kesusahan dan kemanusian yang selama ini tidak pernah menjengah ke dalam kotak fikirannya.
Adakah Kiah mencintai Hud? Mampukah si hidung tinggi seperti Kiah meninggalkan Prada dan Gucci yang sudah sebati dengan darahnya?
Nama aku Chanelle. Glamour,bukan? Tetapi itu bukan nama sebenar. Nama sebenarku jarang aku gunakan hanya sekadar penghias kad pengenalan. Jengkel nak kugunakan selalu. Sebutannya bagiku kuno,terencat dalam dunia serba moden ini. ~ Kiah
"Badan Cik Kiah tu kurus kering tapi berat. Lepas tu kalau dah tidur tu,tidur mati. Agaknya kalau kelambu terbakar,memang dia hangit kat dalam. Lidahnya macam orang putih,asyik nak makan Western aje. Tengok nasi lemak pun geli. Perasan lawa pulak tu." ~Hud
"Percayalah,Kiah. Aku dah berubah. TUHAN tu Maha Adil,Kiah. Dia dah balas cash semua yang aku buat. Aku menyesal Kiah." ~Reza
 |
| LEVIS DELISYA |
INFLUENZA CINTA
Tragedi yang meragut seluruh ahli keluarganya meninggalkan Yasmin sebagai pewaris tunggal Hotel Eden Garden. Lalu bermulalah episod kembara mencari suami di mana Yasmin perlu memilih calon paling layak sebagai peneraju hati dan hotelnya.
Kebetulan, calon terakhir iaitu Ezad Hakimi merupakan cinta pertama Yasmin. Namun bagi Ezad Hakimi, Yasmin sekadar bayangan silam yang ingin disingkir ke tepi. Sementara kisah Ezad Hakimi dan Yasmin penuh dengan sengketa dan misi dendam yang belum terlaksana, Zul Khuzaimey hadir dengan perisa cinta yang manis bergula.
Siapa yang harus Yasmin pilih? Ezad Hakimi yang tawar tak berperisa atau Zul Khuzaimey yang pernah menyandang gelaran Mr. Kasanova?
"Biarpun saya marah, saya caci, maki dan pukul awak, awak tak boleh tinggalkan saya!" - Yasmin
"Apa bezanya aku pilih untuk terus menderita kalau memang ditakdirkan aku takkan bahagia." - Ezad Hakimi
"Lekaslah buka matamu dan lihat siapa sebenarnya yang mencintai kau, Min." -Zul Khuzaimey
 |
| SITI ROSMIZAH |
ANDAI ITU TAKDIRNYA
Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya." - Aleya
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling." - Aleya
Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil." - Aleya
 |
| FAUZIAH ASHARI |
BISIK-BISIK GELORA
Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara.
Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?
Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anaknya itu kian liar. Kini,sudah dikahwinkan,menantunya pula sudah menjadi 'menantu hantu'. ~ Tuan Akalil
" Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan orang pun tak tahu kau tu ada status isteri orang,apa kata kau tinggal aje kat rumah ni,tapi bukan sebagai isteri aku dan aku pun tak suka bela pelacur. Kau duduk sini,jadi orang gaji aku!" ~ Jad Izzuddin
"Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau, layan kau,tak mengapa Jad,aku akur. Tapi,aku tak akan benarkan kau lukakan hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat sistem barter dengan membabitkan perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa." ~Banin Arumi
##cite ni bes sgat. jalan cite lain dri yang lain. bnyak mmberi pedoman dan msej2 yg baik.
SISA CINTA KITA
Cil Nyet? nama yang dibenci Qisha sepanjang dia bergelar mahasiswa. ini semua angkara Aqif, senior yang sering membuli dan mengenakan Qisha semasa minggu orientasi. namun tanpa sedar, perasaan cinta mula berputik dalm diri masing-masing setelah mereka mula mengenali antara satu sama lain. demi sebuah cinta Qisha sanggup menjadi anak derhaka. tetapi kenapa cintanya tidak semanis yang diimpikan? mengapa cintanya sering dikhianati? lebih tragis lagi cintanya dicemari apabila Qisha menyaksikan sendiri bagaimana bapanya dibunuh oleh kekasih hatinya. inikah harga yang perlu dibayar Qisha demi mempertahankan cintanya?
"Abang terlalu cintakan Qisha dan abang tahu Qisha juga begitu. cuma hanya kerana tragedi hitam itu membuatkan Qisha terpaksa padam semua perasaan Qisha terhadap abang. Dugaan ini walaupun berat kita terpaksa hadapinya dengan tabah. Demi cinta kita abang akan cari siapa pembunuh sebenar papa Qisha dan selagi Qisha bergelar isteri abang, abang akan jaga Qisha dengan baik." - Aqif
"Sudah! Mummy tak nak lihat lagi air mata anak kesayangan mummy ini. Sebaliknya mulai hari ini mummy nak lihat air mata daripada anak anjing itu! Dengar sini Qisha,mulai hari ini,mummy nak Qisha buat anak anjing itu menangis." - Datin Melisa
"Aku tak sangka kau menggunakan taktik kotor begini untuk mendapatkan aku. Kau memang sudah dapat tubuh aku tetapi tidak hati aku! Kau tak akan dapat sampai bila-bila. Atas nama papa aku,aku bersumpah akan membalas balik setiap perbuatan jahat yang telah engkau lakukan kepadanya. Aku tak tahu apa niat engkau yang sebenarnya berkahwin dengan aku tapi kau mesti ingat,aku akan pastikan kau menyesal dengan perkahwinan ini. Aku akan buat kau menyesal sebab jadi suami aku!" - Qisha